Cikgu, kenapa bulu mata cikgu lentik??
[aiseh...saya tengah mengajar SIVIK ni. Ada pulak yang tegur saya begitu..isk!]
Tindakan refleks: Cover malu dengan cara berjalan laju menuju ke belakang kelas. Haha ;D
--------------------
Tulah dia. Ada macam-macam perkara yang berlaku semasa P&P berlangsung. Termasuklah soal jawab yang macam-macam. Jika yang boleh dijawab, wajiblah saya jawab. Tapi, jikalah soalan macam di atas tu yang disoal..err..hihi.
Tinggi inkuiri mereka ni. Kadang, saya yang lebih bertanya, sebab isunya tentang kartun. Memang laju mereka menjawab..huhu. Kartun???
...erm, saya nak pancing minat mereka. Bab kartun depa tip-top..heh! Bulat biji mata jadinya..hihi ;)
--------------------
Langsung, saya makin akur, ilmu di kampus dulu adalah bahan teori semata-mata. Jika tak diletakkan dalam dunianya dengan betul, dengan maksima guna, maka ia akan bertukar jadi bahan terbuang.
Bukan mudah nak laksana 'teori kampus' di dunia luar. Kata orang kehidupan luar ni 'teknikal'. Jadi, kenalah belajar untuk mix & match kan dengan kemampuan kita.
Ia, 'practise makes perfect' :)
---------------------
Bila dituntut untuk mengajar subjek seperti agama Islam, saya rasa terlalu kerdil diri. Mampukah saya jadi ustazah yang mumtazah??
Ajar Bahasa Inggeris pulak, saya pernah tersalah eja. Bising jugak budak-budak tu nak betulkan saya.
Haru betul..
---------------------
Syukur.
Terlalu bersyukur kerana menjadi GURU. Ia seumpama anugerah terbilang. Terpilih oleh Allah untuk belajar, mengajar, di samping berdakwah dan membaiki kelemahan diri.
Oleh kerana mahu mengajar, secara otomatik saya mempersiap diri. Jawi, saya mahirkan lagi. Al-Quran, saya fasihkan semaksimanya. 'Aqidah, kefahaman saya dirujuk sebanyaknya.
Saya diruntun rasa bimbang. Bimbang jika menjadi "pembawa ajaran sesat" 'auzubillahimindzalik..
---------------------
Ketika vokal keras saya beralun meminta anak murid senyap, berdisiplin...saya masih disisipkan pesanan ini "jangan marah, mereka tak tahu. Ajarlah, tunjuklah, didiklah dengan sabar".
Bekalan inilah yang membawa niat saya kembali ruhiah. Sabr...
Saya mahu merubah sesuatu kepada yang lebih baik, menjadi inspirasi dan mentor. Justeru, saya pesankan pada diri agar sering berpesan dengan kebaikan, dan berpesan dengan kesabaran.
Inkuiri anak-anak di depan mata membelai jiwa along saya. Tuhan, saya mahu yang terbaik buat mereka!!
5 comments:
alhamdulillah. ada hikmahnya jika ikut kata orang tua :)
tahniah mira atas penganugerahan ijazah. Lets make uiam proud of us!! Gambateh!
Along tau, keja cikgu ini memang kena perlu byk sabarnya.Mahu lagi si kecil2 itu byk mahu dibelajarnya. :) Tapikan, benarkan anak2 itu rasanya lebih byk ajar kita,betapa kita sudah lupa akan nilai2 tertentu dalam diri kita biarpun dididik dari kecil akan moral sebegitu? Sy gemar dikeliling anak kecil sebegini,kerana hati mereka bersih hingga teguran mereka terlalu lurus.Jujur.Cuma sy belum berani untuk terima cabaran menjadi seorang guru.Ingat dulu masa kecil, nakal yang amat...
lenny, along setuju dgn apa yg lenny lontarkan :) hehe..klaka betul bila jadi 'budak-budak' ni. Nanti diorang cakap, "eh, cikgu pun tgk spongebob??"..thihihi ;P
suka primary, than secondary ;)
Post a Comment